Isnin, 26 Disember 2011

Hanya pada ALLAH aku berserah..hanya DIA berhak menilai

=►  Aku bukanlah hebat bila post2 ku berunsur Islamik tapi 
 
#      ku harapkan dengannya Allah akan memimpinku menjadi lebih baik


=►  Aku bukan seorang yang tahan diuji bila selalu berbicara soal sabar

 
#      tapi ku harapkan Allah akan mendidikku menjadi insan yang tegar dan tabah


=►  Aku bukanlah kuat beramal walaupun selalu bercerita soal kematian

 
#      tapi ku berharap dengannya aku pun lebih bersedia menghadapi kematian

:.      Aku hanyalah hamba-Nya sekadar menyampaikan walaupun sepotong ayat .


:.      Aku hanya ingin kita sama2 menjauhi lorong2 ke neraka . .


:.      Aku hanya ingin kita berpimpin tangan ke Syurga nanti . .


        insya-Allah ♥

Ahad, 18 Disember 2011

MENCARI PAHALA

Ku RELA stokin kaki ku BASAH terkena air yang melimpah daripada TERKENA PECIKKAN API NERAKA..

Ku RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang ku JAGA daripada ku berendam dalam LAUTAN NERAKA..

Ku RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga TUDUNGku labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutku sehingga MENDIDIH OTAK derita..

Sabtu, 17 Disember 2011

Sedarlah Semua................

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.


Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
...
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahwa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidupnya.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Allah bahwa kita masih hidup

ASAS PERKAHWINAN

♥ Jika asas perkahwinan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis.

♥ Jika asas perkahwinan adalah kerana kepuasan NAFSU, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.
...
♥ Jika asas perkahwinan kerana KECANTIKAN wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.

♥ Jika asas perkahwinan kerana ANAK, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.

♥ Jika asas perkahwinan kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

♥ Jika asas perkahwinan kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.


Namun,
♥ Jika asas perkahwinan kerana IBADAH kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya.

QRM : Jangan menunggu SEMPURNA baru menikah tapi menikahlah maka kesempurnaan akan datang dalam hidup mu MELAINKAN kamu BERDUA BERSAMA-SAMA berusaha MELENGKAPKANNYA.

Usah kata apa2.Fahamkan saja

Usah BERMANJA pada yang
tidak HALAL.


Usah BERCERITA pada yang
tidak AMANAH.


Usah PAKSA pada yang tidak
... SETIA.


Usah UNGKIT pada yang tidak
MENGHARGAI.


Usah BENCI pada yang tidak
MENGERTI.


Usah BERHARAP pada yang tidak SUDI.
Usah MEMAKSA pada yang tidak
CINTA.


Usah CINTA pada yang tidak RELA..
Usah dikesali perkara yg TERJADI

Selasa, 11 Oktober 2011

~~Ilmu itu sedikit atau banyak hendaklah dikongsi-kongsikan,  
dipanjang-panjangkan dan disebar-sebarkan 
agar ia takkan putus bagai aliran anak sungai 
yang mengalir tanpa lelah dan jemu.~~

Isnin, 12 September 2011

MOTIVASI DARI KATA-KATA

  • Apa yang kita fikirkan TERBAIK belum tentu BAIK buat orang lain. Di samping menjaga HATI sendiri, belajarlah juga menyelami HATI dan PERASAAN orang lain. Usah MEMAKSAkan apa yang kita fikir TERBAIK itu untuk orang lain menerimanya sebagai satu yang BAIK. Mungkin mereka sudah ada pilihan yang TERBAIK untuk diri mereka dan kehidupan mereka
  • Ingatlah kita semua. Membuat dosa itu memang nikmat. Membuat dosa itu memang mengasyikkan. Sayangnya nikmat yang mengasyikkan itulah yang akan memakan diri kerana ia hanya sementara. Setelah itu jiwa-jiwa akan resah gelisah akibat dikejar dosa-dosa yang dicipta. Ingatlah juga dosa-dosa yang kita lakukan kadang-kala anak cucu kita yang terpaksa 'membayar'nya. Sesungguhnya azab ALLAH itu amat pedih bagi manusia yang lalai dan engkar.

SUKALAH KATA-KATA NI...

memang tak ada perempuan sebaik aku tapi yang lebih baik ramai....
memang tak ada perempuan sebagus aku tapi yang lebih bagus ramai....
memang tak ada perempuan secantik aku tapi yang lebih cantik ramai....
memang tak ada perempuan sebijak aku tapi yang lebih bijak ramai....

YA ALLAH AKU NAK KUAT.......

~ YA ALLAH, Bagi aku kuat,agar aku bisa hebat
~ YA RAHMAN, Bagi aku tabah,agar aku tak lelah
~ YA RAHIM, Bagi aku cahaya,agar aku tak sesat
~ YA MUJIBASSA ILIN, Bagi aku kunci,agar aku bisa buka hati..
** Kita datang tidak diminta..Kita pulang tidak diduga..Bila sanggup hidup, mesti sanggup mati..Bila sanggup datang, mesti sanggup pulang..Kita hanya menghabiskan hari2 yg telah ditentukan..Tujuan ke sini tuk diuji.,Insya Allah..! Akan tiba masanya pasti kita dikembalikan.....

MEMAAFKAN ORANG MEBUAT HATI SENDIRI DAMAI

Maafkan semua orang yang tidak suka padamu...
Maafkan semua orang yang telah menzalimimu...
Maafkan semua orang yang telah memfitnahmu...
Maafkanlah tanpa ada dendam yang tertinggal...
Maafkanlah mereka agar tidurmu malam ini lena...
Maafkanlah mereka agar esok harimu tenang dan lapang...
Maafkanlah mereka agar matimu mudah dan senang...
MAAFKANLAH MEREKA...

BETUL KAH KATA KAT BAWAH..PIKIR2KANLAH

♥ღ GIRLFRIEND tu bkn mcm maen FUTSAL . mula-mula kejar dh dpt sepak ♥ღ 
GIRLFRIEND tu bkn mcm SKATE . mula-mula gosok lpas tu pijak ♥ღ 
GIRLFRIEND tu bkn mcm RAGBI . tangkap kemudian tendang ♥ღ 
GIRLFRIEND tu bkn mcm PAMPERS . dah pakai buang ♥ღ 
GIRLFRIEND tu bkn mcm BARANG KEMAS . bru bli pkai dh sengket gadai ♥ღ 
GIRLFRIEND tu bkn mcm KERETA . dh rosak sikit jual amek kereta baru ♥ღ 
GIRLFRIEND tu bkn mcm CHIPSMORE . skejap ada skejap tkda !

LAWAK CERIAKAN DIRI SEKEJAP.

LAWAK CERIAKAN HATI


Nak Pandai= Cari isteri cikgu
Nak sihat =Cari isteri doktor
Nak kaya =Cari isteri anak tan sri
Nak glamour =Cari isteri artis
Nak gaduh =Cari isteri samseng
... ... Nak sembang =Cari isteri penceramah
Nak alim =Cari isteri ustazah
Nak gemuk =Cari isteri chef
Nak selamat =Cari isteri polis
Nak stylo =Cari isteri kaki shopping

NAK MAMPUS=Cari isteri muda yg 1 ofis dgn isteri tua 

Khamis, 11 Ogos 2011

SENDA SENADA

Kuih Paling Gangster= Kuih Lompat Tikam
Kuih Paling Sexy= Puteri Mandi
Kuih Paling Keji= Taik Itik
Kuih Bajet Cute= Cek Mek Molek
Kuih untuk Awet Muda= Seri Muka
Kuih Paling Alim= Kuih Ketayap
Kuih Penyakit Lelaki Kronik= Batang Buruk
Kuih Suka Pukul= Kuih Lompang
Kuih dalam Zoo= Badak Berendam
Kuih untuk Sam Polis Trafik= Kuih Sampret
Kuih yang bangun sendiri= Kuih Bangkit
Kuih orang tak mandi= Kuih Bau-Lu
Kuih Paling Lembab= Kuih Siput

Khamis, 4 Ogos 2011

MUTIARA KATA

WANITA yang BERTUDUNG belum tentu baik.. 
Tapi wanita yang baik sudah tentu bertudung..
ORANG yang SOLAT belum tentu baik....
Tapi orang yang baik tentu akan solat...
ORANG BERPUASA belum tentu sembahyang..
Tapi orang SEMBAHYANG sudah tentu berpuasa

Rabu, 3 Ogos 2011

renung-renungkan

Andai rasa sedih,pandanglah langit, ingatlah Allah masih ada..
Andai rasa resah, renunglah dasar hati, yakinlah Allah mencipta hati..
Andai rasa putus asa, lihatlah sungai yang tetap mengalir walaupun dihalang bebatu keras..
Andai rasa kecewa, lihatlah hakikat alam semesta, percayalah Allah maha berkuasa..
Andai rasa tersisih, lihatlah purnama dimalam sepi, yakinlah Allah takkan biarkan kita sendiri..
Kalau semuanya tak pasti, serahkan pada Maha Mengetahui yang tersirat dan tersurat~

segala yang baik dari allah,apa yang silap adalah dari diriku sendiri..

JOM KITA RENUNG SAMA2...
✿ Jika perlu MARAH, marahlah.. tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR..
✿ Jika perlu MENANGIS, menangislah.. tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG..
✿ Jika perlu PATUH, patuhlah.. tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN..
✿ Jika mahu MISKIN, miskinlah.. tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR..
✿ Jika mahu KAYA, kayalah.. tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH..
✿ Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA.....

Selasa, 2 Ogos 2011

"PENAWAR SAKIT HATI ^_^"

Hampir setiap orang tentu prnah mngalami sakit hati dlm hidupnya. Baik dlm keluarga, brteman, maupun brmasyarakat.Kalau dibiarkan lama maka tidak sihatlah hati.Pemiliknya akn stress dan jauh dari kceriaan .Allah dan Rasul-Nya telah memberi penawarnya;


 1.MUHASABAH DIRI
 2.JAUHKAN DIRI DARI SIFAT IRI DAN DENGKI
 3.MENJAUHKAN DIRI DARI MARAH DAN KERAS HATI.
4.TUMBUHKAN SIFAT PEMAAF.
5.BERPRASANGKA BAIK.5.TUMBUHKAN SIFAT IKHLAS


-Hanya kepada Allah kita menggantungkan harapan.

Selasa, 17 Mei 2011

Sahabat sejati kerana ALLAH....

Andai kau ingin bersahabat...terimalah dia seadanya, kerana dia seorg sahabat yang hanya manusia biasa. Jangan diharapkan semuanya sempurna kerana kau juga tidak sempurna. Bersahabatlah dengannya kerana Allah. Nescaya akan kekal selama-lamanya... InsyaAllah...

Sayang pada orang yang memerlukan kita

‎~~Jangan tinggalkan orang yang kita sayang untuk orang yg kita suka..Kerana org yg kita suka akan tinggalkan kita untuk org yang mereka sayang..Jangan cuba dapatkan apa yang kita suka..tapi sayangi apa yang kita ada...~~

Khamis, 12 Mei 2011

Terasa kurung diri sendiri.....


Sudah lama jugak ye aku x menulis apa2 kat blog ni....aku bukan malas tau.jangan pandai2 menuduh ok!...em....jangan kata aku malas sebab boleh dikatakan 12jam sehari broadband rumah aku ni asyik on je...tapi aku... xadalah duduk mengadap benda alah ni sampai 12jam sehari.berpinar biji mata oii mengadap benda ni je...


Aku x ada idea nak karang...nak cerita apa?? kalau asyik dok kat rumah je..duduk berkurung dalam bilik aje...otak pun dah tepu semacam je ni...haiya!! poning den...my hubby ajak keluar jugak malam2.tapi aku pulak yang malas nak keluar..nak kemana cik abang? kalau tanya my hubby sah2 dia kata ikutlah g mana pun...aku pulak tanya diri sendiri....nak kemana??lepas tu tanya pulak my hubby kita nak g mana? lama2 dok pakat tanya je kami dua orang...last2 dok rumah jugak sudahnya..


Barangkali.kat penang ni habis semua tempat kami dah pergi..macamlah kenal sangat dengan negeri kecik ni.yang sebenarnya xtau nak pergi mana dah...xtau nak pergi tempat menarik mana lagi kat penang ni... boring malam2 tak ada tempat nak tuju selain tempat2 shopping. pergi situ buat apa selalu2..pergi nak berabis duit bolehlah.kalau duit lagi beli lagi xhabis..dok ada je dalam beg x apalah jugak..tidak pun pergi melawat rumah adik2..


Tapi mana leh jadi kami je dok pergi melawat ni...bila pulak adik2 nak datang rumah kami dah kami asyik pergi rumah depa je...xleh jadi ni...







Isnin, 9 Mei 2011

PUDING PELANGI


  •   RESIPI DARI RAKAN FB....ANUM..TERIMA KASIH..AKAK DAH TRY BUAT SEDAP...




BAHAN 1:-
------------------
20gm agar2 tali
650 ml air (anum main tambah sikit2 ikut suka,maybe jadi 660 kot)
gula pasir (agak2.ikut taste kemanisan masing2)
2 helai daun pandan (cuci, simpulkan.racik2 sikit)

- Tips : rendam agar2 & air semalaman. Supaya ia larut cepat ms msk
* satukan semua bahan2 di atas.
* masak hingga gula & agar2 btulbtul larut. padamkan api.
* tapiskan ke dlm bks lain. tapis sekali lagi, msuk dlm bekas asal. (tujuan tapis, nampak agar2 lagi halus,licin)

BAHAN 2
-------------
2 biji telur
1 tin susu cair IDEAL
1 camca teh esen vanilla
2 sudu besar tepung kastad.
sedikit butter (x isi x pe. ia tuk nmpk berkilat. kalau byk nnt muak)

* Satukan semua bahan (kecuali butter). gaul sebati. 
* Tapiskan ke dalam agar2 tadi.
* buka api dapur, gaul sebati semua bahan. masuk butter.kacau hingga butter larut. *padamkan api dapur @ biarkan, gn api paling slow.(tp jgn sampai agar2 hangit)

Seterusnya: (mewarna adunan. Tips, pewarna 'star brand' the best)
- sendukkan adunan ikut sukatan masing2.
- warnakan ikut warna pilihan. (biar kaler nampak pekat sikit)
- then tuang dlm bekas acuan. Cara nya,salah satu penjuru bekas tuh, ditinggikan sedikit(letak la bawah dia kain ke ape ke). - adunan yg telah diwarna, mula diletak di bahagian plg rendah.
-then ulangi 1st n 2nd step.warnakan dgn pewarna lain...then ulangikan step yg sama hingga hbs. 


  • *makin byk kaler diletak sebelah2...turunkan ketinggian bekas tuh secara slow2... hingga akhirnya bekas tuh jadi rata. 

Selasa, 3 Mei 2011

Selamat ulang tahun perkahwinan kita yang 14 suamiku...

Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya..

ITULAH SUAMIKU YANG AMAT MEMAHAMI HATI ISTERINYA,YANG SENTIASA SABAR MELALUI HARI-HARI SUSAH SENANG BERSAMA AKU DAN ANAK-ANAK...AKU AMAT BERSYUKUR DAN BAHAGIA DIANUGERAH SUAMI SEBAIK DIA...

Semoga kebahagiaan ini terus kekal hingga ke akhir hayat kami...

AMIN...AMIN....

Kehidupan Suatu Anugerah Yang Tidak Ternilai,...

kadang kita harus berlari mengejar mimpi, kadang kita harus bejalan perlahan hadapi rintangan,kadang kita tertatih kerna rasa yg perih, kadang kita merangkak kerna merasakan sesak, bahkan kadang kita sakit namun masih perlu bergerak. itulah hidup dan inilah realiti kehidupan. tragis, sadis, ironis, tapi kita harus ...tetap optimis! ..... romantis,, penuh kronologis, kerna hidup ini tak praktis!!

semua memerlukan waktu, semua memerlukan proses, dan semua memerlukan kedewasaan diri untuk tetap tegar berdiri. bukan terus menerus merenung kerna bingung, bukan terus menerus meratapi penyesalan, bukan bersedih kerna merasa letih, bukan putus asa kerna kecewa, dan bukan menangis kerna pesimis.

waktu terus berjalan dan roda kehidupan terus berputar
tetaplah tersenyum walau hati menangis, tetaplah berdiri walau kebahagiaan seakan mati, dan tetaplah bertahan walau tubuhmu terasa kaku.
BANGKIT, YAKINKAN, MELAWAN, dan KEMBALI KEYAKINAN ITU....

Sabtu, 23 April 2011

Renungkan sama-sama..

Bila kita kurang bijak dan didampingi orang yang kurang bijak, kita akan b'tambah tidak bijak. Bila kita kurang bijak dan didampingi orang yang bijak, kita akan jad1 lebih bijak.

Aku juga bukan MALAIKAT,,seperti mana kau juga bukan BIDADARI...kita hanya hambaNYA yang hina..mencari keREDHAanNYA seperti pengembara yang kehausan...menuju arah yang sama...

Isnin, 11 April 2011

SP CARNIVAL

AIDILFITRI 2010....FAMILI MZ

KUALA LUMPUR

SUNGAI SEDIM

PULAU PANGKOR

KEBUN BUNGA PENANG...

MELAKA

BERCUTI DI CAMERON

                                                               CAMERON 2010

  • Inilah rakan karib saya bila masa terluang...Kalau malam sebelum tidur memang wajib baca apa-apa buku dulu sebelum mata boleh pejam.Jika tiada novel baru sekali pun saya tetap membaca juga bahan bacaan lain...kan betul2 rakan karib ni....

Ahad, 3 April 2011

Percutian ke Pulau Pangkor Slideshow

Percutian ke Pulau Pangkor Slideshow: "TEST TripAdvisor™ TripWow ★ Percutian ke Pulau Pangkor Slideshow ★ to Pulau Pangkor. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"

Jumaat, 1 April 2011

UNGKAPAN KHAHLIL GIBRAN

Ungkapan Khahlil Gibran

Bila aku bersedia menerima matahari dan kehangatannya , maka aku pun harus bersedia menerima petir dan halilintar.

Kata-kata tetap tidak akan bererti Sampai diwujudkan dalam perbuatan.

Jika kamu membuka rahsia-rahsiamu kepada angin, Kamu tidak boleh menyalahkan angin kerana membuka rahsia-rahsiamu kepada pohon-pohon.

Manusia adalah laksana buih-buih di lautan Yang mengapung di atas permukaan air, Ketika angin berhembus, buih-buih itu lenyap, Seolah-olah mereka tidak pernah ada…itulah kehidupan yang dilenyapkan oleh kematian.

Apabila aku menanam penderitaanku diladang kesabaran, maka akan berbuah kebahgiaan.

Selasa, 22 Mac 2011

Setiap hari dan setiap masa, lihatlah dan belajar sesuatu itu melalui semua orang. Kerana dalam diri setiap mereka masih ada sikap baik yang boleh dicontohi. Tidak kira siapa mereka, si alim atau si jahil. Orang jahat atau baik. Yang bijak pandai atau yang dungu. Tidak kira tua atau muda. Selagi ada sedikit sifat baiknya, ambillah ia untuk diri kita. Untuk kita belajar dan terus belajar tentang hidup, tentang kemanusiaan dan tentang apa sahaja kebaikan. Agar diri kita menjadi lebih baik dan terus lebih baik hingga ke akhir hayat kita.....

Rabu, 16 Mac 2011

HAYATILAH.............

hari ini perjalanan kita penuh seribu liku....
ber...mula dengan satu langkah di depan pintu...
mulakanlah kalimah INI yang terlafaz di sanubari kita..
semoga satu langkah itu membawa seribu berkat dan rahmat ALLAH...
BUAT MENYINARI LEMBAYUNG PINTU REZEKI KITA SEMUA......
www.youtube.com
Surah Al-Fatiha and Al-Baqarah from verses 1-33.

haaaaaaaaaaaaaa

kalau cinta jangan kacau....itu rasa HaTi WaNiTa,
kalau sayang tak perlu marah.....itu RaGaM SeKePiNg HaTi,
kalau ikhlas tak perlu balas......itu HaTi SeOrAnG PeReMpUaN.
kalau tiba-tiba ade rasa getaran yang halus di dada..BiAr HaTi BeRbIcARa...