Isnin, 9 Mei 2011

PUDING PELANGI


  •   RESIPI DARI RAKAN FB....ANUM..TERIMA KASIH..AKAK DAH TRY BUAT SEDAP...




BAHAN 1:-
------------------
20gm agar2 tali
650 ml air (anum main tambah sikit2 ikut suka,maybe jadi 660 kot)
gula pasir (agak2.ikut taste kemanisan masing2)
2 helai daun pandan (cuci, simpulkan.racik2 sikit)

- Tips : rendam agar2 & air semalaman. Supaya ia larut cepat ms msk
* satukan semua bahan2 di atas.
* masak hingga gula & agar2 btulbtul larut. padamkan api.
* tapiskan ke dlm bks lain. tapis sekali lagi, msuk dlm bekas asal. (tujuan tapis, nampak agar2 lagi halus,licin)

BAHAN 2
-------------
2 biji telur
1 tin susu cair IDEAL
1 camca teh esen vanilla
2 sudu besar tepung kastad.
sedikit butter (x isi x pe. ia tuk nmpk berkilat. kalau byk nnt muak)

* Satukan semua bahan (kecuali butter). gaul sebati. 
* Tapiskan ke dalam agar2 tadi.
* buka api dapur, gaul sebati semua bahan. masuk butter.kacau hingga butter larut. *padamkan api dapur @ biarkan, gn api paling slow.(tp jgn sampai agar2 hangit)

Seterusnya: (mewarna adunan. Tips, pewarna 'star brand' the best)
- sendukkan adunan ikut sukatan masing2.
- warnakan ikut warna pilihan. (biar kaler nampak pekat sikit)
- then tuang dlm bekas acuan. Cara nya,salah satu penjuru bekas tuh, ditinggikan sedikit(letak la bawah dia kain ke ape ke). - adunan yg telah diwarna, mula diletak di bahagian plg rendah.
-then ulangi 1st n 2nd step.warnakan dgn pewarna lain...then ulangikan step yg sama hingga hbs. 


  • *makin byk kaler diletak sebelah2...turunkan ketinggian bekas tuh secara slow2... hingga akhirnya bekas tuh jadi rata. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan