Selasa, 22 Mac 2011

Setiap hari dan setiap masa, lihatlah dan belajar sesuatu itu melalui semua orang. Kerana dalam diri setiap mereka masih ada sikap baik yang boleh dicontohi. Tidak kira siapa mereka, si alim atau si jahil. Orang jahat atau baik. Yang bijak pandai atau yang dungu. Tidak kira tua atau muda. Selagi ada sedikit sifat baiknya, ambillah ia untuk diri kita. Untuk kita belajar dan terus belajar tentang hidup, tentang kemanusiaan dan tentang apa sahaja kebaikan. Agar diri kita menjadi lebih baik dan terus lebih baik hingga ke akhir hayat kita.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan