Selasa, 17 Mei 2011

Sahabat sejati kerana ALLAH....

Andai kau ingin bersahabat...terimalah dia seadanya, kerana dia seorg sahabat yang hanya manusia biasa. Jangan diharapkan semuanya sempurna kerana kau juga tidak sempurna. Bersahabatlah dengannya kerana Allah. Nescaya akan kekal selama-lamanya... InsyaAllah...

Sayang pada orang yang memerlukan kita

‎~~Jangan tinggalkan orang yang kita sayang untuk orang yg kita suka..Kerana org yg kita suka akan tinggalkan kita untuk org yang mereka sayang..Jangan cuba dapatkan apa yang kita suka..tapi sayangi apa yang kita ada...~~

Khamis, 12 Mei 2011

Terasa kurung diri sendiri.....


Sudah lama jugak ye aku x menulis apa2 kat blog ni....aku bukan malas tau.jangan pandai2 menuduh ok!...em....jangan kata aku malas sebab boleh dikatakan 12jam sehari broadband rumah aku ni asyik on je...tapi aku... xadalah duduk mengadap benda alah ni sampai 12jam sehari.berpinar biji mata oii mengadap benda ni je...


Aku x ada idea nak karang...nak cerita apa?? kalau asyik dok kat rumah je..duduk berkurung dalam bilik aje...otak pun dah tepu semacam je ni...haiya!! poning den...my hubby ajak keluar jugak malam2.tapi aku pulak yang malas nak keluar..nak kemana cik abang? kalau tanya my hubby sah2 dia kata ikutlah g mana pun...aku pulak tanya diri sendiri....nak kemana??lepas tu tanya pulak my hubby kita nak g mana? lama2 dok pakat tanya je kami dua orang...last2 dok rumah jugak sudahnya..


Barangkali.kat penang ni habis semua tempat kami dah pergi..macamlah kenal sangat dengan negeri kecik ni.yang sebenarnya xtau nak pergi mana dah...xtau nak pergi tempat menarik mana lagi kat penang ni... boring malam2 tak ada tempat nak tuju selain tempat2 shopping. pergi situ buat apa selalu2..pergi nak berabis duit bolehlah.kalau duit lagi beli lagi xhabis..dok ada je dalam beg x apalah jugak..tidak pun pergi melawat rumah adik2..


Tapi mana leh jadi kami je dok pergi melawat ni...bila pulak adik2 nak datang rumah kami dah kami asyik pergi rumah depa je...xleh jadi ni...







Isnin, 9 Mei 2011

PUDING PELANGI


  •   RESIPI DARI RAKAN FB....ANUM..TERIMA KASIH..AKAK DAH TRY BUAT SEDAP...




BAHAN 1:-
------------------
20gm agar2 tali
650 ml air (anum main tambah sikit2 ikut suka,maybe jadi 660 kot)
gula pasir (agak2.ikut taste kemanisan masing2)
2 helai daun pandan (cuci, simpulkan.racik2 sikit)

- Tips : rendam agar2 & air semalaman. Supaya ia larut cepat ms msk
* satukan semua bahan2 di atas.
* masak hingga gula & agar2 btulbtul larut. padamkan api.
* tapiskan ke dlm bks lain. tapis sekali lagi, msuk dlm bekas asal. (tujuan tapis, nampak agar2 lagi halus,licin)

BAHAN 2
-------------
2 biji telur
1 tin susu cair IDEAL
1 camca teh esen vanilla
2 sudu besar tepung kastad.
sedikit butter (x isi x pe. ia tuk nmpk berkilat. kalau byk nnt muak)

* Satukan semua bahan (kecuali butter). gaul sebati. 
* Tapiskan ke dalam agar2 tadi.
* buka api dapur, gaul sebati semua bahan. masuk butter.kacau hingga butter larut. *padamkan api dapur @ biarkan, gn api paling slow.(tp jgn sampai agar2 hangit)

Seterusnya: (mewarna adunan. Tips, pewarna 'star brand' the best)
- sendukkan adunan ikut sukatan masing2.
- warnakan ikut warna pilihan. (biar kaler nampak pekat sikit)
- then tuang dlm bekas acuan. Cara nya,salah satu penjuru bekas tuh, ditinggikan sedikit(letak la bawah dia kain ke ape ke). - adunan yg telah diwarna, mula diletak di bahagian plg rendah.
-then ulangi 1st n 2nd step.warnakan dgn pewarna lain...then ulangikan step yg sama hingga hbs. 


  • *makin byk kaler diletak sebelah2...turunkan ketinggian bekas tuh secara slow2... hingga akhirnya bekas tuh jadi rata. 

Selasa, 3 Mei 2011

Selamat ulang tahun perkahwinan kita yang 14 suamiku...

Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya..

ITULAH SUAMIKU YANG AMAT MEMAHAMI HATI ISTERINYA,YANG SENTIASA SABAR MELALUI HARI-HARI SUSAH SENANG BERSAMA AKU DAN ANAK-ANAK...AKU AMAT BERSYUKUR DAN BAHAGIA DIANUGERAH SUAMI SEBAIK DIA...

Semoga kebahagiaan ini terus kekal hingga ke akhir hayat kami...

AMIN...AMIN....

Kehidupan Suatu Anugerah Yang Tidak Ternilai,...

kadang kita harus berlari mengejar mimpi, kadang kita harus bejalan perlahan hadapi rintangan,kadang kita tertatih kerna rasa yg perih, kadang kita merangkak kerna merasakan sesak, bahkan kadang kita sakit namun masih perlu bergerak. itulah hidup dan inilah realiti kehidupan. tragis, sadis, ironis, tapi kita harus ...tetap optimis! ..... romantis,, penuh kronologis, kerna hidup ini tak praktis!!

semua memerlukan waktu, semua memerlukan proses, dan semua memerlukan kedewasaan diri untuk tetap tegar berdiri. bukan terus menerus merenung kerna bingung, bukan terus menerus meratapi penyesalan, bukan bersedih kerna merasa letih, bukan putus asa kerna kecewa, dan bukan menangis kerna pesimis.

waktu terus berjalan dan roda kehidupan terus berputar
tetaplah tersenyum walau hati menangis, tetaplah berdiri walau kebahagiaan seakan mati, dan tetaplah bertahan walau tubuhmu terasa kaku.
BANGKIT, YAKINKAN, MELAWAN, dan KEMBALI KEYAKINAN ITU....