Khamis, 25 November 2010

ASSALAMUALAIKUM....................

Salam persahabatan semua................mulakan hari anda dengan keceriaan.............
Marilah kita bersama-sama mencari kebahagiaan............

KASIH TIDAK TERNILAI

IBU
Kau insan paling aku sayangi
Kau insan paling aku hormati
Kau insan paling mulia
Kau insan paling aku kagumi

IBU
Walau seribu onak duri menanti
Kau tidak gentar tempuhi semuanya
Kau tidak putus asa bila kecewa
Kau terus berjuang demi anak-anakmu

IBU
Kau tidak tunjukkan kesedihan
Selepas pemergian abah
Kau terus berjuang walau pun susah
Dan keperitan hidup kau tempuhi  jua

IBU
Kau berhempas pulas memerah keringat
Mencari rezeki untuk hidup
Membesar dan menyekolahkan adik-adikku
Kau tetap tabah menghadapinya

IBU
Kini anak-anakmu sudah meniti alam dewasa
Jasa dan pengorbananmu tidak sia-sia
Anak-anakmu tidak melupai jasamu
Sama-sama meniti saat indah

IBU
Terima kasih atas segalanya
Kami tidak mampu membalas
Segala jasamu
Kami akan berusaha membahagiakanmu
Hatimu ibu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan