Isnin, 26 Disember 2011

Hanya pada ALLAH aku berserah..hanya DIA berhak menilai

=►  Aku bukanlah hebat bila post2 ku berunsur Islamik tapi 
 
#      ku harapkan dengannya Allah akan memimpinku menjadi lebih baik


=►  Aku bukan seorang yang tahan diuji bila selalu berbicara soal sabar

 
#      tapi ku harapkan Allah akan mendidikku menjadi insan yang tegar dan tabah


=►  Aku bukanlah kuat beramal walaupun selalu bercerita soal kematian

 
#      tapi ku berharap dengannya aku pun lebih bersedia menghadapi kematian

:.      Aku hanyalah hamba-Nya sekadar menyampaikan walaupun sepotong ayat .


:.      Aku hanya ingin kita sama2 menjauhi lorong2 ke neraka . .


:.      Aku hanya ingin kita berpimpin tangan ke Syurga nanti . .


        insya-Allah ♥

Ahad, 18 Disember 2011

MENCARI PAHALA

Ku RELA stokin kaki ku BASAH terkena air yang melimpah daripada TERKENA PECIKKAN API NERAKA..

Ku RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang ku JAGA daripada ku berendam dalam LAUTAN NERAKA..

Ku RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga TUDUNGku labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutku sehingga MENDIDIH OTAK derita..

Sabtu, 17 Disember 2011

Sedarlah Semua................

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.


Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
...
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahwa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidupnya.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Allah bahwa kita masih hidup

ASAS PERKAHWINAN

♥ Jika asas perkahwinan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis.

♥ Jika asas perkahwinan adalah kerana kepuasan NAFSU, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.
...
♥ Jika asas perkahwinan kerana KECANTIKAN wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.

♥ Jika asas perkahwinan kerana ANAK, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.

♥ Jika asas perkahwinan kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

♥ Jika asas perkahwinan kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.


Namun,
♥ Jika asas perkahwinan kerana IBADAH kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya.

QRM : Jangan menunggu SEMPURNA baru menikah tapi menikahlah maka kesempurnaan akan datang dalam hidup mu MELAINKAN kamu BERDUA BERSAMA-SAMA berusaha MELENGKAPKANNYA.

Usah kata apa2.Fahamkan saja

Usah BERMANJA pada yang
tidak HALAL.


Usah BERCERITA pada yang
tidak AMANAH.


Usah PAKSA pada yang tidak
... SETIA.


Usah UNGKIT pada yang tidak
MENGHARGAI.


Usah BENCI pada yang tidak
MENGERTI.


Usah BERHARAP pada yang tidak SUDI.
Usah MEMAKSA pada yang tidak
CINTA.


Usah CINTA pada yang tidak RELA..
Usah dikesali perkara yg TERJADI