Jumaat, 24 Februari 2012

JODOH PERTEMUAN ......

✿~ Sekuat mana kita setia..

✿~ Sehebat mana kita merancang..


✿~ Selama mana kita menunggu..


✿~ Sekeras mana kita bersabar..


✿~ Sejujur mana kita menerima dirinya..

>>> Jika TAKDIR Allah menentukan yang kita BUKAN dengan dirinya, kita tidak akan 



bersama dengannya..jika Allah telah MENULIS


 jodoh


 kita dengannya, kita tetap akan bersama dengannya kerana tulang rusuk dan pemiliknya 


tidak akan pernah tertukar dan akan bertemu pada 



 saat yang TEPAT menurut ilmuNya..tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah 


DIRANCANG dan sebaik-baik rancangan adalah dari

ALLAH jua..♥♥

Khamis, 23 Februari 2012

KITA PERLU SAMA-SAMA MENYEDARINYA

‎~♥~ Di akhir zaman ini ulama' jahat lebih berbisa daripada ular dan 


lebih berbahaya daripada serigala kerana merekalah yang akan 


menyesatkan umat manusia. Mereka hanya mahu mencari kepentingan 


dunia sehingga sanggup berjual beli agama. ~♥~

ALLAH SENTIASA DISISI KITA

ஜ Walau tak ada ORANG sayang kita TAPI ALLAH ada dekat di hati kita,ஜ

ஜ Walau tak ada ORANG cinta kita TAPI ALLAH sentiasa KASIHI kita,ஜ


ஜ Walau tak ada ORANG tolong kita TAPI ALLAH ada LINDUNGI kita,ஜ


ஜ Walau tak ada ORANG rindu kita TAPI ALLAH tetap tunggu kita,ஜ


ஜ Walau tak ada ORANG jaga kita TAPI ALLAH perhatikan kita,ஜ


ஜ Walau tak ada ORANG dengan kita TAPI ALLAH ada temankan kita.ஜ

Khamis, 2 Februari 2012

KECANTIKAN ITU SUBJEKTIF

Sebenarnya kita cantik. cantik sebab, Allah yang cipta kita. Allah tak mencipta manusia     hodoh


, tapi Allah menciptakan manusia dengan kecantikan yang berbeza-beza. Cantik itu kan subjektif



♥ bukan pada hidung yang mancung, ♥ bukan pada kulit yang putih dan gebu, ♥ bukan juga pada gaya fesyen yang dipakai.



♥ tapi cantik itu bermula dari hati, ♥ dan dipancarkan kepada luaran iaitu,♥ akhlak kita, ♥ pertuturan kita,♥ aurat kita,♥ peribadi kita




.♥ bila hati kita bersih ♥ jauh dari maksiat, ♥ terhindar dari nafsu, ♥

InsyaAllah,♥♥♥ kita sebenarnya akan jadi cantik di sisi Allah Swt..♥

Isnin, 26 Disember 2011

Hanya pada ALLAH aku berserah..hanya DIA berhak menilai

=►  Aku bukanlah hebat bila post2 ku berunsur Islamik tapi 
 
#      ku harapkan dengannya Allah akan memimpinku menjadi lebih baik


=►  Aku bukan seorang yang tahan diuji bila selalu berbicara soal sabar

 
#      tapi ku harapkan Allah akan mendidikku menjadi insan yang tegar dan tabah


=►  Aku bukanlah kuat beramal walaupun selalu bercerita soal kematian

 
#      tapi ku berharap dengannya aku pun lebih bersedia menghadapi kematian

:.      Aku hanyalah hamba-Nya sekadar menyampaikan walaupun sepotong ayat .


:.      Aku hanya ingin kita sama2 menjauhi lorong2 ke neraka . .


:.      Aku hanya ingin kita berpimpin tangan ke Syurga nanti . .


        insya-Allah ♥

Ahad, 18 Disember 2011

MENCARI PAHALA

Ku RELA stokin kaki ku BASAH terkena air yang melimpah daripada TERKENA PECIKKAN API NERAKA..

Ku RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang ku JAGA daripada ku berendam dalam LAUTAN NERAKA..

Ku RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga TUDUNGku labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutku sehingga MENDIDIH OTAK derita..

Sabtu, 17 Disember 2011

Sedarlah Semua................

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.


Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
...
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahwa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidupnya.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Allah bahwa kita masih hidup